Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah
Penerbit: Al-Qowam
Berat: 700g
Harga Rp 70.000
Harga disc Rp 55.000
Islam
dibina di atas lima rukun, salah satunya adalah kewajiban mengeluarkan
zakat. Di samping itu, ia juga menjadi wahana untuk menumbuhkan sikap
prihatian di antara satu sama lain.
Antara
lain hikmah pengeluaran zakat adalah keupayaannya untuk menguatkan
ikatan kasih-sayang di antara yang kaya dengan yang miskin, kerana jiwa
itu difitrahkan untuk mencintai sesiapa yang berbuat baik kepadanya.
Zakat
akan membersihkan dan menyucikan jiwa serta menjauhkannya dari sifat
yang tercela. Ia akan membiasakan seorang muslim memiliki sifat
dermawan, pemurah, dan lemah lembut kepada orang yang memerlukannya.
Zakat juga akan mendatangkan keberkahan, tambahan dan pengganti. Ini
sebagaimana maksud firman Allah Ta'ala, "Apa sahaja yang kamu nafkahkan,
maka Allah akan menggantinya. Dia-lah pemberi rezeki yang
sebaik-baiknya." (Surah Saba’, 34: 29)
Zakat
adalah hak Allah, sehingga ia tidak boleh diberikan melainkan kepada
orang-orang telah ditetapkan oleh-Nya sebagai yang berhak menerimanya.
Adalah kewajiban atas setiap muslim untuk memberikan zakatnya kepada
yang berhak menerimanya bersesuaian dengan tuntunan yang telah
digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedemikian penting urusan zakat
dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim, maka kita tidak boleh sama
sekali mengabaikannya.
Namun,
masih ramai di antara kaum muslimin yang belum mengerti seluk-belok
zakat sebagaimana yang digariskan oleh syari’at. Banyak pertanyaan yang
masih sering mengusik benak dan fikiran.
Tidak
perlu bimbang, buku “Fiqih Zakat Kontemporar” ini hadir untuk
membimbing anda dalam menunaikan zakat berdasarkan petunjuk Allah dan
Rasul-Nya. Buku ini merupakan himpunan fatwa dan soal jawab dengan
seorang ulama yang tidak perlu diragukan tentang kapasiti keilmuan serta
integritinya, iaitu Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar