- Penulis Buku:
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
Tahqiq: Syaikh Syu'aib al-Arnauth & 'Abdul Qadir al-Arnauth
-Penerjemah:
Amiruddin Djalil, Lc.
- Ukuran Buku:
15,5 x 24,5
- Jenis:
Hard Cover
Harga
Jilid 1 : xx + 534 hlm Rp.85.000,-
Jilid 2 : xxvii + 484 hlm Rp.85.000,-
Jilid 3 : xxviii + 544 hlm Rp.91.500,-
Jilid 4 : xii + 496 hlm Rp.85.000,-
Jilid 5 : xviii + 502 hlm Rp.85.000,-
Jilid 6 : xxviii + 502 hlm Rp 90.000,-
Jilid 7 : xxv + 497 hlm Rp 85,000,-
HARGA BELUM DISKON 20%
Kitab Zaadul Ma'ad ini adalah hasil karya al-Imam
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H). Ia ditulis oleh
Ibnul Qayyim ketika sedang bermusafir sambil duduk/meunggung di atas
untanya.
Kini kitab ini telah disemak dan diteliti
semula oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth dan 'Abdul Qadir al-Arnauth.
Alhamdulillah, kini ia telah lengkap diterjemahkan menjadi 7 jilid
kesemuanya.
Secara asasnya, melalui kitab ini,
penulis (Ibnul Qayyim) membentangkan perjalanan sejarah Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara sistematik dan tersusun. Beliau
memulakan kitabnya dengan keutamaan diutusnya Rasulullah kepada para
manusia Diikuti dengan latar-belakang Rasulullah dan keluarganya, ibu
susuannya, penjaganya dan fasa dakwah beliau. Kemudian penjelasan
tentang sikap dan karektor Rasulullah.
Setelah
itu, penulis mengetengahkan pula petunjuk-petunjuk beliau Shallallahu
'alaihi wa Sallam, bermula dari persoalan berpakaian dan tatacara
bermuamalah. Petunjuk beliau ketika berwudhu, solat, bermula dari takbir
sehinggalah salam. Kemudian diteruskan kepada solat jumaat, solat
kusuf, solat istisqa', sehinggalah kepada solat ketika safar serta yang
selainnya. Sebenarnya, kitab ini merangkumi pelbagai persoalan agama,
dari yang asas sehinggalah kepada yang rumit. Kitab ini membawakan
kepada anda persoalan sejarah dan perjalanan hidup Nabi bersama-sama
para sahabatnya, yang mana di dalam membentangkan rentetan sejarah
tersebut penulis membentangkan sama persoalan wahyu, persoalan
iman/tauhid, persoalan bersuci, persoalan solat, ibadah (seperti puasa,
haji, zakat, i'tikaf, zikir), ziarah kubur, persoalan wanita, mu'amalah
terhadap orang kafir, jihad, kisah-kisah peperangan di zaman beliau,
adab-adab seorang muslim, persoalan sihir, perubatan yang terdapat di
dalam al-Qur'an dan hadis (Tibbun Nabawi), dan pelbagai lagi yang
lainnya di mana di dalamnya terhimpun pelbagai faedah ilmu agama yang
sangat bermanfaat.
Memiliki dan membaca kitab ini
adalah suatu perkara yang sangat penting bagi setiap Muslim. Kerana,
para pembaca akan menemui segala sesuatu yang sangat diperlukan oleh
setiap insan, dari seorang tokoh ikutan Muhammad Shallallahu 'alaihi wa
Sallam, yang mungkin tidak diperolehi oleh para pembaca dari buku-buku
lainnya secara terperinci. Buku ini membahaskan persoalan sejarah
(sirah), fiqh dan aqidah dalam satu waktu yang sama, dalam sebuah
rangkaian buku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar