Penulis : DR. Ali bin Sulaiman Ar-Rumaikhon
– Penerbit : Al-Qowam
– Isi : 240 Halaman
Harga Diskon Rp 29.000
Siapakah yang tidak pernah merasakan sakit? Siapa pula yang tidak pernah terganggu kesihatannya oleh rasa sakit atau rasa lelah? Ya benar, hampir dapat dipastikan bahawa setiap orang pasti pernah mengalami perkara tersebut dan menginginkan agar dirinya tetap sihat sentiasa. Kerananya, demi mengejar kesembuhan, kita saksikan banyak orang yang berbondong-bondong mendatangi ahli-ahli perubatan atas alasan pelbagai penyakit. Mereka akan redha walaupun perlu membayar kos yang mahal. Semua kekayaan akan menjadi tidak berarti, apabila dibandingkan dengan nikmat kesihatan.
Sebagai agama yang mengatur setiap aspek kehidupan manusia, Islam tidak pernah mengabaikan hal ini. Islam telah memberikan petunjuk dan asas-asas penting dalam dunia perubatan dan kesihatan. Perubatan Islam merangkumi aspek pencegahan dan penyembuhan. Perubatan Islam mengajak menjaga kesihatan dengan begitu rapi dan teliti dengan menjaga adab pemakanan, mengajak meninggalkan hal-hal yang buruk dan diharamkan serta perkara-perkara yang melampaui batas.
Buku ini mengusung hasil penelitian perubatan yang bertepatan dan bersesuaian dengan syari'at Islam, pelbagai fatwa, nasihat dan saranan yang menjadikannya layak dijadikan rujukan yang amat berharga. Bukan hanya untuk pembaca biasa, tetapi juga untuk para ilmuwan, tenaga medis, para pesakit, dan para pengamal perubatan. Kandungannya baik dijadikan sebagai pedoman bagi setiap pembaca. Selamat menyemak dan jagalah selalu kesihatan Anda!
Secara umumnya, dapat dikatakan bahawa buku ini mengupas fiqh perubatan Islam dengan begitu baik dan menyeluruh. Ia memulakan perbahasannya dengan nasihat-nasihat untuk para pesakit, anjuran berubat dalam Islam, petunjuk Nabi dalam berubat, definisi sakit dalam Islam, dan hubung kait perubatan tradisional dan perubatan moden dengan Islam.
Kemudian penulis menjelaskan pula hukum-hakam pelbagai teknik yang diamalkan dalam perubatan moden dari sudut pandang Islam. Antaranya seperti hukum perdermaan organ, hukum menggunakan organ tubuh manusia yang telah mati, dan banyak lagi yang lainnya. Selain itu penulis turut menjelaskan pelbagai aspek perubatan dari sudut pandang aqidah Islam, terutamanya kaedah perubatan yang berkaitan dengan doa, jampi, ruqyah, dan ayat-ayat Al-Qur'an.
Penulis juga turut memasukkan sama perbahasan fiqh ibadah orang sakit seperti hukum berwudhu' dan tayammum bagi para pesakit, cara solat orang sakit, hukum berpuasa, hukum mengenakan ubat-ubat tertentu dan kesannya terhadap amal-amal ibadah lainnya.
Malah banyak lagi perbahasan-perhasan umum lainnya berhubung dengan fiqh perubatan Islam dan hubung-kaitnya dengan isu-isu semasa lagi terkini berserta dengan fatwa-fatwa ulama yang diakui turut dikupas oleh penulis.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar