Harga:
Rp 85.000
Beli: Rp 65.000( Diskon )
Penulis: Ibnu Qudamah al-Maqdisi
Disyarah Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Dilengkapi dengan Syarah : Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan
Penerbit: PUSTAKA SAHIFA
Berat: 1 kg

Buku
ini adalah terjemahan dari kitab Lum'atul I'tiqod karya Imam Ibnu
Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) dengan syarah (penjelasan dan
huraian) oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah dan
Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafizahullah.
Ia adalah buah karya bernilai emas milik Imam Ibnu Qudamah (Wafat: 629H) dengan judul Lum'atul I'tiqod al-Haadii ilaa Sabilir Rasyad.
Buku ini adalah antara deretan buku-buku aqidah yang amat penting karya
para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah di zaman salaf yang masyhur. Ianya
membahas inti sari aqidah Islam secara tuntas supaya umat Islam dapat
memahami aqidah yang benar dan murni.
Kitab-kitab
aqidah seumpama ini disusun oleh para salaf (ualama terdahulu) yang
antaranya imam Ibnu Qudamah rahimahullah adalah dalam rangka membezakan
di antara i'tiqad sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah dengan i'tiqad kaum
sesat seperti muktazilah, al-asya'irah, khawarij, syi'ah, qadariyah, dan
seangkatan dengannya. Sekaligus merupakan penegasan aqidah sebenar
ahlus sunnah wal-jama'ah yang jelas berbeza dengan aqidah kaum yang
menyimpang.
Di antara perbahasan yang terdapat dalam buku ini adalah lebih menjurus kepada penjelasan al-Asma' wa ash-Shifat, kaedah-kaedah memahaminya, methodologi ahlus sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta beberapa bantahan terhadap sebahagian kelompok yang menyimpang dalam persoalan ini.
Selain itu, turut dibahaskan melalui buku ini adalah soal Qadha dan Qadar, Takdir, iman itu perbuatan dan amal, iman kepada Rasul, iman kepada azab kubur, fitnah kubur, hadis-hadis hari kebangkitan, al-hisab, al-mizan, ciri-ciri telaga, ciri-ciri titian/shirath, syafa'at, sifat-sifat syurga dan neraka, hak-hak nabi dan para sahabatnya, hukum mengkafirkan orang Islam atas alasan maksiat, hukum mencela para sahabat, hukum mentaati khilafah, hukum memulaukan ahli bid'ah, tanda-tanda ahli bid'ah, seterusnya sehingga kepada perbahasan ringkas tentang ijma', taklid, dan mazhab.
Semoga kehadiran buku ini mampu menjadi tambahan ilmu yang membantu dalam memahami prinsip-prinsip penting aqidah Islam ahli sunnah dengan lebih mendalam lagi sekaligus mampu menjadi benteng penepis pelbagai syubhat berbahaya kerosakan tauhid yang terus menggila pada hari ini.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar