Rabu, 18 Juli 2012

100 Dosa Yang Diremehkan Wanita

Penulis: 'Abdul Lathif B. Hajis al-Ghomidi
Penerbit: Al-Qowam
Harga : Rp 42.000
Harga disc  Rp 34.000 

Mengulas 100 dosa yang diremehkan sehingga sering dilakukan oleh kaum wanita merangkumi permasalahan akidah, ibadah, kekeluargaan, tanggungjawab sebagai isteri, pakaian dan perhiasan, jenazah, harta, perbelanjaan, ucapan/lisan dan akhlak. Buku ini wajar untuk dijadikan sebagai ‘cermin muhasabah’ yang jernih bagi seseorang muslimah yang ingin dirinya sentiasa konsisten menjalankan agama dan menjauhi dosa. Lebih penting, buku ini sentiasa mengingatkan kepada kita bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
“Diperlihatkan kepadaku neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Seorang yang bertaqwa sudah tentu akan sentiasa merasa takut jika dirinya termasuk di antara wanita yang disentuh oleh hadis-hadis Rasulullah berkaitan dosa-dosa yang dimaksudkan. Oleh itu, melalui buku ini semoga kita dapat mengetahui dan memahami jalan penyelesaian untuk menghindari apa-apa jua yang perlu dijauhi dari pelbagai bentuk kesalahan dan dosa.
"TERIMAKASIH SUDAH MAMPIR KE BLOG INI SILAHKAN DILIHAT DULU KATALOG DAN RESENSI BUKUNYA SEMOGA BERKENAN JAZAKUMULLAH KHOIRON KATSIRAN"